TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV), menggambarkan betapa terdesaknya Umno BN
untuk hadapi Pilihan raya Umum ke-14 yang semakin hampir.
Ini
dakwa Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa, jika tidak nembuat
pelantikan pengerusi baharu FGV itu Umno akan menemui 'maut'.
"Kita dapat maklumat dan diketahui umum Felda hadapi krisis kewangan
yang sangat kritikal. Aliran tunai RM10 bilion zaman bekas pengerusi
dahulu Tan Sri Isa Samad cukup-cukup sehingga Pengerusi Felda, Tan Sri
Shahrir Samad tak mampu buat apa-apa tetapi dia tak menyalahkan orang
terdahulu," katanya.
Namun katanya, rakyat menilai dan peneroka dan generasi kedua Felda sedang memerhati.
Oleh itu, katanya pelantikan Azhar itu diharapkan boleh membuat
sesuatu dalam keadaan pelabur berasa sangsi serta mempertikaikan tentang
ketulusan pentadbiran, ketirisan, hilangnya tanggungjawab, tiadanya
akauntabiliti sebagai seorang yang diberi amanah setelah melihat Isa
menjadi ikon kerosakan Felda.
Tidak keterlaluan, katanya kesilapan juga berpunca daripada Najib
juga dan tidak membaikinya daripada zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir sendiri.
Dakwanya, di zaman Mahathir, Felda diswastakan kemudian kerosakan itu tidak dibaiki oleh Najib.
"Kita berterima kasih kepada ayahanda Najib, Tun Razak Husein yang
ambil berat tentang kesusahan jerih perih rakyat kerana memberi tanah
kepada mereka yang tidak ada tanah.
"Alhamdulillah peneroka boleh memiliki tanah dan rumah," katanya.
Bagaimanapun katanya, apa yang mendukacitakan, kerajaan BN mengambil
kesempatan untuk mempergunakan peneroka untuk menjadikan 54 parlimen di
bawah Felda sebagai fixed-deposit BN.
Juster, beliau berharap pengerusi baharu itu dapat membuat sesuatu dan mengembalikan semula kemegahan Felda
"Kita yakin dengan pengalaman yang ada sebelum ini beliau boleh gunakan pengalaman itu untuk baik pulih Felda," katanya lagi.
Media melaporkan Najib mengumumkan pelantikan Azhar sebagai pengerusi
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baru, berkuatkuasa 8
September lalu. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan