Saturday, December 5, 2009

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kebakaran di Medan

BERNAMA


JAKARTA - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat hiburan karaoke dan disko M-City di Medan, Sumatera Utara yang mengorbankan 20 nyawa malam tadi.

Jurucakap polis di Kedutaan Besar Malaysia berkata, sehingga tengah hari ini, daripada senarai nama 11 lelaki dan sembilan wanita yang mati dalam kejadian itu, tiada satupun merupakan rakyat Malaysia.

"Daripada maklumat yang kita kumpulkan setakat tengah hari ini, menunjukkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat. Polis Medan juga sudah pun menyelesaikan proses mencari mangsa di pusat hiburan itu," katanya.

No comments: