BERNAMA
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV, Laos antara Malaysia dan Vietnam, Khamis ini.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, siaran itu yang ditaja oleh Telekom Malaysia, akan dapat ditonton menerusi TV2 dan dijangka bermula pada 6 petang.
"Bagaimanapun waktu siarannya tertakluk kepada pukul berapa perlawanan dimulakan," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini untuk mengumumkan program Rentak Juara-Rhythm of Champions 2010.
Malaysia melayakkan diri setelah mengalahkan tuan rumah Laos 3-1 dalam perlawanan separuh akhir malam tadi manakala Vietnam menundukkan Singapura 4-1.
Perlawanan akhir itu nanti memberi peluang kepada Malaysia menebus kekalahan 1-3 kepada Vietnam di peringkat kumpulan.
No comments:
Post a Comment