Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) akan dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak tidak divaksinasi.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu bagi membina keyakinan ibu bapa kerana pihaknya sedar masih terdapat ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum berdaftar untuk PICKids.
“Setakat tempahan janji temu dibuka semalam, 15% telah berdaftar. PICKids adalah secara sukarela, untuk memberi masa kepada ibu bapa untuk membuat keputusan yang tepat.
“Saya tahu ramai ibu bapa masih bimbang. Tapi tidak mengapa, kita akan terus berikan maklumat terkini kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan PICKids di Hospital Tunku Azizah hari ini.
No comments:
Post a Comment