Aminuddin Yahaya
Memalukan! Indeks korupsi negara terus merudum
MUNGKIN ramai yang tidak perasan tentang skandal Littoral Combat Ships (LCS) yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan berbilion ringgit ini.
Skandal LCS ini, secara umum dan mudah difahami ialah penjualan kapal tempur ini dikatakan skalanya lebih besar dari 1MDB dan melibatkan pelbagai pihak.
Difahamkan juga, projek itu bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.
Mustahil Perdana Menteri dan Menteri tidak tahu menahu mengenai skandal berjumlah sebesar itu lebih-lebih lagi ianya melibatkan kementerian utama dalam kerajaan.
Kita difahamkan juga SPRM telah menahan individu-individu yang disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan skandal ini. Namun, rata-rata antara mereka hanyalah ikan-ikan bilis. SPRM mesti cari ikan jerung.
Persepsi yang buruk terhadap SPRM dan kerajaan dalam menangani rasuah sejak sekian lama berpunca kerana biasanya pemberi rasuah dan para jerung tetap terlepas padahal berbilion ringgit lesap begitu sahaja.
Saya yakin, budaya sebegini jugalah yang
membuatkan indeks korupsi negara terus merudum. Baru-baru ini, indeks
tersebut jatuh dari tangga 57 kepada 62. Ini sangat memalukan. ISMA WEB
Pengerusi PEMBELA
No comments:
Post a Comment