Selasa, 16 November 2021

‘Sebenarnya saya tak perlu ada dekat sini, semua tak ikut peraturan’, kata Speaker

Azhar Azizan Harun berkata, beliau tiada masalah untuk memberi ruang untuk 
berbahas jika masa yang diperuntukkan masih berbaki, namun sikap Ahli Parlimen 
yang melanggar peraturan amat mengecewakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: “Sebenarnya saya tak perlu ada dekat sini” itu kata Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun ketika menegur sikap Ahli Parlimen yang enggan mematuhi peraturan semasa Parlimen bersidang.

Beliau berkata demikian ketika Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Azhar berkata, beliau tiada masalah untuk memberi ruang untuk berbahas jika masa yang diperuntukkan masih berbaki, namun sikap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan amat mengecewakan.

“Sebenarnya saya tak perlu ada dekat sini, sebab semua tak nak ikut peraturan..pencelahan itu saya akan bagi, ‘its okay’ kalau nak bahas pun sikit-sikit, bolehlah kalau ada masa.“Tetapi bangun tak minta kebenaran, berbahas, kemudian ada yang bahas tetapi dia kata minta penjelasan, pandai ya, jadi sikit-sikit saya okay, kalau ada masa,” katanya.

Sehubungan itu Azizan meminta semua Ahli Parlimen memberi kerjasama agar kesemua kementerian yang dijadualkan membuat penggulungan hari ini dapat diselesaikan.

“Saya ada tujuh kementerian lagi jadi minta kerjasamalah kalau tidak saya tak perlu ada dekat sini, saya biar bahas sampai pukul 2 ke 3 pagi pun,” tegasnya.

Tiada ulasan: