Sabtu, 27 November 2021

PN sedia hadapi PRU15 dalam masa terdekat – Muhyiddin

 MALAYSIA POST

PN sedia hadapi PRU15 dalam masa terdekat – Muhyiddin

PERBINCANGAN dalam menentukan masa sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah diadakan, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, PN sudah bersedia menghadapinya, jika ia diadakan dalam masa terdekat.

“Ya memang sudah ada perbincangan untuk menentukan masa sesuai (untuk adakan PRU15).

“Apa pun PRU15 terletak pada budi bicara Perdana Menteri,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh, di Dewan Serbaguna Lenga, Pagoh, hari ini.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini dilaporkan mencadangkan PRU15 diadakan lebih awal atau dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Perkara itu turut disuarakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada 20 November lalu. – Malaysiapost

Tiada ulasan: