RATA-rata orang bercakap mengenai kenaikan harga
barangan menggila-gila. Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula
barangan yang naik sampai 200 peratus. Sudah tidak terkawal segala
barang yang dalam kawalan.
Orang yang berduit dan bergaji besar
tak kisah semua ini, tetapi rakyat marhaen, kantin sekolah, sekolah
berasrama penuh, maahad tahfiz, sekolah Agama Rakyat dan rumah kebajikan
anak yatim dan sebagainya sangat terkesan dengan kenaikan ini.
Penaik yuran makan, adakah itu satu solusi yang tuntas? Ya, mungkin itu satu jalan keluar kepada pihak tertentu sahaja tetapi membebankan pula pihak yang lain. Itu kenaikan terpaksa kerana kos meningkat.
Berapa perbelanjaan isi rumah hari ini? Berapa komitmen bulanan yang perlu disediakan oleh ketua keluarga? Inilah himpitan hidup.
Golongan kapitalis sering mengambil kesempatan di atas kesempitan dan kelemahan pihak rakyat kebanyakan. Sorok barang, manipulasi harga dan berbagai helah mereka. Usah harapkan mereka ada hati perut untuk fikir kesusahan pihak lain.
Sepatutnya semua pihak insaf, saling tolong menolong ketika semua pihak masih terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Masing-masing ada cara untuk menolongnya. Peniaga, pembekal ada cara tolongnya iaitu mengenakan harga berpatutan.
Manakala orang ramai pula selaku pelanggan menolong peniaga, pembekal untuk menghidupkan putaran ekonomi melalui kuasa beli yang ada kepada mereka. Yang pentingnya jangan terlalu tamak haloba.
Kerajaan perlu tingkatkan kawalan di dalam semua sektor kerana setiap masalah saling berkaitan di antara satu dengan yang lainnya.
Untuk mengatasi masalah ini, integriti sangat diperlukan. Sebab itulah Islam mewajibkan semua pihak menunaikan amanah yang ditanggungnya. Solusinya ialah penyelesaian Islam untuk sistem hidup manusia. Manusia hari ini dijajah oleh manusia yang hilang sistem nilai.
(*) USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFFPesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang – HARARKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan