KAKITANGAN awam di Selangor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji yang dibayar pada 29 Disember ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu sebagai menghargai usaha serta komitmen penjawat awam yang bersama-sama memastikan penyampaian perkhidmatan cekap dan berkesan.
“Sukacitanya saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan satu setengah bulan (gaji) untuk tahun ini. Bantuan Khas Kewangan Pertama setengah bulan gaji dengan minimum RM1,000 disalurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Manakala Bantuan Khas Kewangan kedua iaitu satu bulan gaji dengan minimum RM1,000 akan dibayar pada 29 Disember ini.
“Daripada jumlah itu, 52 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala 48 peratus perbelanjaan pembangunan.
“Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM37.5 juta,” katanya mengakhiri pengumuman khas Belanjawan Selangor 2022 petang tadi, memetik laporan BH Online.
Terdahulu beliau mengumumkan Selangor memperuntukkan RM2.343 bilion dalam Belanjawan Selangor 2022 dengan defisit sebanyak RM293 juta yang bertemakan ‘Kita Selangor: Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani’.
Daripada jumlah itu katanya, 52 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala 48 peratus perbelanjaan pembangunan. – UtusanTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan