Sabtu, 27 November 2021

Umno ni pembangkang atau kerajaan?

MALAYSIA POST

Umno ni pembangkang atau kerajaan?

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pemimpin Umno yang menggesa kerajaan menangani kenaikan harga barang. 

Beliau menyindir, gesaan itu menimbulkan tanda tanya sama ada Umno ketika ini adalah pembangkang atau mengetuai kerajaan. 

“Umno ni parti pembangkang ke atau dalam kerajaan?,” soalnya ringkas menerusi ciapan di Twitter hari ini. 

Beliau turut berkongsi pautan laporan berita bertajuk ‘Umno gesa kerajaan tangani kenaikan harga barang’. 

Menerusi laporan itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan segera menangani kenaikan harga barang. 

Menurutnya, rakyat terus terbeban dengan harga sayur yang naik mendadak melebihi dua kali ganda. – Malaysiapost

Tiada ulasan: