Ahad, 28 November 2021

Melawan kanser payudara


Sedih, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payudara.

Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu. Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita.

“Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini,” jelas Pakar Pembedahan Kanser Payudara PPPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.

Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.

Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.

“Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang masih muda,” tambahnya.
Buat wanita di luar sana, nasihat Azlina,

“Amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan sebagainya. Sama saja nasihatnya.

“Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

“Saya kenal orang yang sudah kehilangan payudara dan trauma yang terpaksa dilalui amat perit. Kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangat tinggi,” ujarnya

Antara bintang Hollywood yang berjuang untuk melawan kanser payudara.

Kylie Minogue
Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.

Sheryl Crow
Dia disahkan menghidap kanser payudara ketika memasuki usia 48 tahun. Dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sebagai penawar duka sepanjang dia menjalani proses rawatan.

Cynthia Nixon
Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita ‘Sex and the City’ ini disahkan menghidap kanser payudara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama enam hingga lima bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.

Christina Applegate
Pada Ogos 2008, melalui jurucakapnya , Christina Applegate mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser payudara. Dia membuat pemeriksaan kesihatan awal kerana ibunya merupakan pesakit kanser payudara dan rahim. Pemeriksaan yang dibuatnya membuatkan dia sembuh lebih awal.

Suzanne Somers
Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti ‘Step by Step’ dan ‘Three’s Company’. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payu ara sembilan tahun yang lalu.

Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara ‘Oprah Winfrey Show’ mengenai kekuatan mental yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

Tiada ulasan: