Jumaat, 26 November 2021

Demi akar umbi: UMNO, PAS kembalikan Muafakat Nasional

Wartawan Suara Merdeka

Jelas beliau, andai dua parti ini kekal kukuh, PPBM yang dulu dalam Pakatan Harapan(PH) pun boleh rebah.

Apabila PPBM mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), sebenarnya gerakan ini adalah sesuatu yang silap besar kerana agenda mereka jelas iaitu ingin menguburkan UMNO dan mengecilkan kekuatan parti itu.

“Jika diikutkan, Muafakat Nasional adalah muafakat antara PAS yang mewakili GAGASAN (PAS, IKATAN dan BERJASA) dan UMNO yang mewakili BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS).

“Manakala PN hanya dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan, BERSATU, PAS, GERAKAN dan STAR),” katanya.

Dari segi struktur organisasi sahaja, kata beliau lagi, MN lebih baik dan berstruktur dari PN apalagi dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera.

Tidak ada ruginya MN menjadi tunjang menuju PRU 15 nanti, ujarnya.

“Saya banyak bertanya kepada orang-orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain.

“Mereka jelas lebih selesa dengan MN. Mereka jawab, setelah 22 bulan PH perintah, mereka bukan nak stabilkan negara tetapi mengambil jalan membalas dendam dan merosakkan ekonomi dan kestabilan kaum,” katanya.

Ada yang beritahu, walau BN tidak sempurna tetapi setelah apa yang terjadi selepas PH perintah, mereka lebih nampak mana kaca, mana permata dan akhirnya mereka terjemahkan undi  kekalahan demi kekalahan PH semasa PRK di beberapa negeri, katanya.

Ditambah pula dengan kebangkitan MN. Hakikat asalnya MN seumpama nukleus yang kemudiannya mencetuskan momentum yang lebih besar bernama kerajaan PN, kata beliau.

Dengan pengertian lain, ia bermaksud tanpa pengukuhan MN, kerajaan PN tidak dapat dipertahankan.

“Jadi saya amat berharap agar kepimpinan besar kedua-dua parti, demi rakyat dan akar umbi, kembalilah semula ke meja rundingan demi kestabilan dan kemakmuran Islam dan semua bangsa di Malaysia,” katanya. – SM

Tiada ulasan: