KOTA BHARU:
Kerajaan negeri akan memberi nafas baru kepada golongan pengayuh beca
memandangkan pengangkutan tradisional tersebut menjadi salah satu
tarikan pelancong.
Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan
dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pihaknya
melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC) melaksanakan pelbagai
usaha ke arah itu.
Katanya sehingga sekarang terdapat seramai 27
pengayuh beca yang masih aktif di sekitar kawasan tarikan pelancongan di
bandar Kota Bharu.
Bagaimanapun kata beliau kebanyakannya berumur lanjut, namun masih meneruskan pekerjaan terbabit demi kelangsungan hidup keluarga mereka.
“Kita akan cuba memberi nafas baru, kita sudah ada model dua buah beca dan kita akam tambah lagi dua beca.
“Kita bagi peluang kepada anak-anak muda dan generasi baru yang tidak pernah menaiki beca.
“Jadi saya mengsyorkan belia-belia kita yang berminat, usaha ini sudah bermula cuma kita ingin menguar-uarkan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan sara hidup kepad kepada 27 penarik beca siri kedua di perkarangan pejabat Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di sini semalam.
Sebanyak RM1,200 diberikan kepada setiap penarik beca yang berdaftar dan bayaran dilakukan sebanyak dua fasa. Fasa 1 dilakukan pada Mei lalu sebanyak RM600 bagi meringankan beban mereka.
Md Anizam juga berkata, bagi meringankan golongan tersebut kerajaan negeri memulakan inisiatif dengan mengubahsuai beca kepada enjin motor yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
“Selain itu sumbangan atau bayaran wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk insurans jika ada kemalangan dan sebagainya kepada pengayuh beca. Jadi kita harap dapat meringankan beban mereka.
“Meskipun sudah lanjut usia mereka masih gigih mencari rezeki. Kita sudah ubahsuai dengan bateri, jadi mereka tidak penat sangat,” katanya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan