13a3dc6e-d9c8-4f86-aacb-3d1df51f8aef
Datuk Seri Mahdzir Khalid merasmikan Forum Sahabat Komuniti Desa (Skod) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dekat Naka, Padang Terap, hari ini.

PADANG TERAP – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat ketika tumpuan semua pihak perlu difokuskan terhadap usaha menangani pandemik Covid-19.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini pelbagai usaha masih perlu dilakukan untuk melandaikan lagi kes Covid-19.