Muhafandi Muhamad
Takiyuddin
turut mengingatkan, kerajaan Persekutuan adalah sebuah kerajaan yang
tidak stabil yang disokong oleh gabungan pelbagai parti. - Gambar fail
KOTA BHARU:
Pas tidak pernah sama sekali tercabar dengan keputusan Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka yang berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya,
Setiausah Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpendapat,
kemenangan UMNO dan parti-parti komponennya itu harus dilihat dari
konteks PRN sahaja.
Dalam
masa sama, Takiyuddin mengingatkan semua pihak bahawa kerajaan
Persekutuan yang menerajui negara hari ini adalah menerusi gabungan
pelbagai parti.
“Saya melihat itu (kemenangan UMNO di PRN Melaka) isu yang berbeza… ini di peringkat Melaka sahaja.
“Jangan
lupa kerajaan Persekutuan dipimpin oleh BN (yang) dianggotai oleh
Bersatu, Pas, GPS itu perlu ingat, sikit mahu ingat dan sama-sama kita
jaga… kita membantu kerajaan Melaka yang baharu,” kata Takiyuddin yang
juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam kerajaan hari ini.
Dalam masa sama, Takiyuddin turut menegaskan, kerajaan yang sedang menerajui negara ketika ini juga tidak stabil.
“Kerajaan
Persekutuan juga (kita) perlu ingat sebuah kerajaan yang tidak stabil,
tetapi gabungan daripada semua parti,” ujar beliau.
Takiyuddin
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO,
Datuk Seri Mohamad Hassan yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan
kedudukan MN.
Kata Mohamad, pintu persefahaman antara UMNO dan Pas masih terbuka walaupun BN mampu bergerak secara solo.
Berhubung
sama ada MN perlu disemak kembali, Takiyuddin menjelaskan, Pas sentiasa
mengkaji kerana Pas konsisten mendokong penyatuan ummah.
Takiyuddin
berkata, baru-baru ini, Pas juga berusaha untuk memastikan dalam PRN
Melaka tidak berlaku perpecahan, namun, disebabkan tiada pilihan berlaku
juga pertembungan parti.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PRN melaka diadakan untuk mencari kestabilan politik dan pentadbiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan