Eton Khir
SIVAMURUGAN:
Calon muda itu mestilah seorang calon yang berkelayakan, ada ketokohan,
ada kemampuan yang disegani oleh penduduk setempat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kedudukan anak muda yang
mempunyai kewibawaan, ketokohan, dan kepakaran daripada pelbagai latar
belakang termasuk kesaksamaan jantina bagi membuka peluang yang boleh
diraih dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.
Menurut
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr
Sivamurugan Pandian, langkah memperkenalkan calon baharu adalah satu
tawaran baharu, penjenamaan baharu yang sebenarnya bersesuaian dengan
perubahan politik arus perdana tanah air.
Jelasnya,
inisiatif yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) ini merupakan
satu bentuk pengorbanan untuk mereka yang berada di dalam hierarki
rendah diangkat sebagai calon manakala mereka yang berada di kedudukan
tertinggi pula untuk terus dihormati.
"Bagi
calon muda, ini masanya untuk menunjukkan bahawa walaupun ada pelbagai
latar yang menarik, tetapi itu harus didukungi oleh kemampuan untuk
menang, untuk disukai, untuk berdamping dengan pengundi kerana akhirnya
yang penting dalam pilihan raya adalah seorang calon yang digemari oleh
majoriti pengundi di situ," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Kata
Sivamurugan lagi, mana-mana parti politik termasuk Parti Islam
Se-Malaysia (Pas) dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga harus menghalusi
selain meneliti keperluan memperkenalkan calon-calon muda dan baharu.
Tambahnya,
tindakan ini tidak bermakna menolak calon-calon lama sepenuhnya, namun
jika dilihat dalam perspektif positif, ia sebenarnya akan mewujudkan
satu komposisi yang seimbang.
"Tetapi di
kawasan calon baharu diperkenalkan, calon muda itu mestilah seorang
calon yang berkelayakan, ada ketokohan, ada kemampuan yang disegani oleh
penduduk setempat.
"Maka itu juga akan
memberi nilai tambah kepada Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Amanah
Negara sekalipun supaya ia mampu menarik sebilangan dari blok sokongan
yang ada di kawasan tersebut," katanya lagi.
Sivamurugan
turut menegaskan, jika langkah drastik seperti ini diambil apatah lagi
dengan adanya UNDI18, pasti pilihan raya akan datang bakal disesuaikan
dengan keperluan dan kemahuan bagi memahami sikap dan cara pemikiran di
dalam kalangan pengundi itu sendiri.
Di
samping itu, Sivamurugan berkata ini penting kerana kita juga mahu
melihat perubahan secara berterusan dilakukan supaya calon yang
diperkenalkan itu menampakkan kesesuaian dengan perubahan dalam konteks
politik secara menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan