Khamis, 18 November 2021

Lembaga Siasatan Terperinci siasat nahas pesawat Hawk terhempas – TUDM

MALAYSIA POST

Lembaga Siasatan Terperinci siasat nahas pesawat Hawk terhempas – TUDM

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memastikan urusan kebajikan keluarga juruterbang yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk yang di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi diutamakan.

Pihak TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan perkembangan semasa kejadian kemalangan pesawat berkenaan dengan mengesahkan dua juruterbang terbabit dalam nahas itu.

“Mejar Mohd Fareez Omar, cedera dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

“Kapten Mohamad Affendi Bustamy, telah meninggal dunia dab jenazah diuruskan untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

TUDM memaklumkan kedua-dua juruterbang berkenaan sudah berkahwin dan keluarga kedua-duanya telah dimaklumkan berhubung kejadian.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan maklumkan perkembangan semasa berhubung inside kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih. Pihak TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu dalam kejadian 10.07 malam tadi pesawat Hawk MK108 bersama dua juruterbang dilaporkan terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika sedang melaksanakan latihan penerbangan malam. – Malaysiapost

Tiada ulasan: