Khamis, 18 November 2021

Negara tak boleh lalui situasi ‘full lockdown’ sekali lagi – Hishammuddin

MALAYSIA POST

Negara tak boleh lalui situasi ‘full lockdown’ sekali lagi – Hishammuddin

NEGARA tidak boleh melalui situasi ‘full lockdown’ di peringkat negeri atau nasional sekali lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 meskipun situasi kini berbeza apabila sebahagian besar rakyat telah
menerima vaksinasi lengkap, namun semua pihak perlu kekal berwaspada.

Ini kerana katanya Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa nilai R-naught (Rt) telah meningkat melebihi 1.0.

“Ketua Pengarah Kesihatan juga menyatakan antara puncanya kerana sebahagian masyarakat mula berasa terlalu selesa dengan kelonggaran yang telah diberikan.

“Ini mesti segera ditangani bagi mengelak situasi lebih buruk. Kita telah lalui
situasi perintah berkurung (full lockdown) yang amat menekan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata kebanyakan negeri sudah berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan semua pihak mesti bersedia untuk semua negeri beralih ke Fasa 4 dalam masa terdekat, sekali gus banyak lagi kelonggaran akan dibenarkan kelak.

“Bagaimanapun keutamaan Kerajaan dalam memerangi Covid-19 tidak akan berganjak, iaitu untuk menyelamatkan nyawa, menurunkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selain itu meluaskan pemberian vaksinasi melalui dos penggalak dan vaksinasi remaja serta memupuk budaya ujian pengesanan Covid-19 kendiri terutama melalui amalan TRIIS,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: