Jumaat, 5 November 2021

Kanak-kanak 12 tahun terperangkap di tengah sungai

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Tapah melakukan operasi menyelamat seorang kanak-kanak terperangkap di tengah sungai akibat kepala air di Sungai Dipang, Kampung Sahom. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Tapah melakukan operasi menyelamat seorang kanak-kanak terperangkap di tengah sungai akibat kepala air di Sungai Dipang, Kampung Sahom. - Foto ihsan Bomba

KAMPAR: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tengah sungai ketika berkelah bersama keluarga di Sungai Dipang, Kampung Saho di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dibawa ke tebing oleh sepasukan bomba dengan selamat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 3.59 petang sebelum sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu jentera EMRS dari BBP Tapah digerakkan ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kami mendapati seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun terperangkap di tengah sungai.

"Mangsa dipercayai bersama keluarganya sedang berkelah sebelum kepala air datang secara tiba-tiba," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pasukan menggunakan kaedah 'tensioness diogener' dan '45' river crossing' untuk menyelamatkan mangsa.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.51 petang.

Tiada ulasan: