Jumaat, 5 November 2021

Jalan Johor Bahru-Mersing ditenggelami banjir kilat

Gambar ihsan Facebook JKR Kota Tinggi
Gambar ihsan Facebook JKR Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Hujan lebat menyebabkan laluan FT003 Jalan Johor Bahru-Mersing ditenggelami banjir kilat dan hanya boleh dilalui kenderaan berat, hari ini.

Menurut laman sosial Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi.

"Jalan berhampiran Bukit Samsu-LGM ditutup sementara kepada kenderaan ringan sepanjang dua kilometer kerana dinaiki air setinggi 0.350 meter.

"Jalan alternatif yang boleh dilalui ialah FT092 (Jln Kota Tinggi-Sg Rengit) dan FT099 (Jln Sg.Mas/Lok Heng/Mawai)

"Limpahan air longkang dan anak sungai menyebabkan jalan dinaiki air di kedua-dua arah," katanya.

Di samping itu, beberapa jalan lain turut dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Antaranya, J179 Jalan Perani membabitkan jalan sepanjang 200 meter dinaiki air 0.250 meter.

"Keadaan jalan boleh dilalui semua kenderaan berikutan air tidak deras dan beransur surut," katanya.

Tiada ulasan: