Ahad, 21 November 2021

Covid-19: ‘Penerima Sinovac paling tinggi kategori 4, 5’ – KJ

MALAYSIA POST

Covid-19: ‘Penerima Sinovac paling tinggi kategori 4, 5’ – KJ

MAJORITI pesakit lengkap vaksin kategori empat dan lima Covid-19 yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dari Minggu Epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45 adalah penerima vaksin Sinovac.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi  ciapan di Twitternya, hari ini.

Khairy menjelaskan, data kemasukan mingguan kategori empat dan lima ke hospital tersebut menunjukkan peningkatan ketara bagi penerima vaksin Sinovac berbanding Pfizer dan AstraZeneca.

“Disebabkan itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan,” ciapnya.

Beliau berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer jenis Sinovac lebih pendek berbanding vaksin jenis lain.

“Mengapa sela (masa) dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac iaitu tiga bulan berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?,” tulisnya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.

Khairy berkata, ia susulan kadar keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: