Ahad, 21 November 2021

Sulaiman janji beri khidmat terbaik kepada rakyat Melaka

 Nilam Oshman

Sulaiman janji beri khidmat terbaik kepada rakyat Melaka

KETUA Menteri Melaka baharu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berjanji beliau serta kepimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Umno (BN) yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri itu.

“Alhamdulillah, malam tadi saya selesai mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 di hadapan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pejabat Tuan Yang Terutama Tun di Seri Negeri.

“Kepada Tuan Yang Terutama Tun, Insya-Allah, saya serta barisan kepemimpinan yang baharu dipilih ini berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri Melaka,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada BN pada PRN Melaka Ke-15 tersebut.

Tambahnya, PRN kali ini merupakan pencapaian terbaik BN, dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.

“Ia adalah cerminan rakyat untuk memiliki sebuah kerajaan yang stabil, demi kemakmuran ekonomi Negeri Melaka.

“Insya-Allah, saya bersama semua Adun Barisan Nasional yang dipilih ini akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua rakyat Melaka,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: