Rabu, 24 November 2021

Abah tak nak tekan butang di Sarawak ke?

MALAYSIA POST

Abah tak nak tekan butang di Sarawak ke?

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad menyindir Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini.

“Abah tak sayang Sarawak ke? Tak tekan butang untuk letak calon ke?,” sindir bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata demikian sambil menyoal sama ada PN akan meletakkan calon di Sarawak, pada ketika Umno dan BN sememangnya tidak akan bertanding.

Sebelum PRN Melaka lalu, Muhyiddin menyelar tindakan Shahrir yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Muhyiddin berkata, tindakan Shahrir itu memberi risiko keselamatan rakyat Johor yang mungkin menyebabkan PRN, jika Bersatu menarik sokongan.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor,” kata Muhyiddin.

Sementara itu Shahrir berkata jika mengikut sifat keperihatinan dan kasih sayang seorang itu yang dipercayai merujuk kepada Muhyiddin, tidak berapa baik diadakan PRN sekarang ini. – Malaysiapost

Tiada ulasan: