KOTA BHARU:
Dia pernah menikmati kehidupan normal dan bahagia, namun, selepas
terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal pada Oktober tahun
lalu, nasib
dirinya dan keluarga berubah sama sekali.
Bapa tunggal, Mohamad Khairulanwar A q Azme Som, 31, kini lumpuh dan terbaring kaku, memaksa ibunya, Rogayah Abdullah, 52, mengambil alih tugas membesarkan dua anak lelaki yang masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun.
Rogayah juga menguruskan sepenuhnya Mohamad Khairulanwar yang kini lemah tidak berdaya tanpa sebarang reaksi serta tidak mampu bertutur, kecuali mata yang terbuka dan terkebil-kebil.
Menurut Rogayah, akibat nahas tersebut, anak kedua daripada tiga beradik itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini selama tiga bulan.
“Selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, anak saya kini terlantar kaku tanpa menunjukkan sebarang reaksi, walaupun matanya terbuka.
“Disebabkan itu, saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai
makan untuk menguruskan dia dan dua anaknya sepenuh masa,” katanya
ketika ditemui Utusan Malaysia
di rumah mereka di Jalan Bayam di sini semalam.
Rogayah berkata, kos perbelanjaan untuk Mohamad Khairulanwar mencecah
RM1,800 sebulan, iaitu untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang,
tidak termasuk
perbelanjaan harian lain seperti makan, minum dan sewa rumah RM200 sebulan.
“Untuk menampung perbelanjaan itu, pelbagai ikhtiar saya buat, termasuk meminjam daripada kawan, selain dibantu anak sulung lelaki berusia 34 tahun yang bekerja di kedai tayar. Dia sendiri sudah berkeluarga hanya bantu sekadar mampu.
“Anak bongsu umur 30 tahun pula berhenti kerja di kedai makan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.
Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Bank Islam 13053020016865
atas nama Rogayah Abdullah atau menghubunginya di talian 017-9252582.
-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment