Ahad, 4 April 2021

1,349 kes baharu positif COVID-19 hari ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 1,349 kes dan daripada jumlah itu, 414 kes dikesan di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 350,959 kes dengan 14,509 kes aktif.

Katanya, selain Sarawak turut mencatatkan pertambahan kes tertinggi hari ini ialah Selangor iaitu 343 kes baharu serta Pulau Pinang dengan 185 kes.

"Jumlah kes baharu itu turut merangkumi tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Sehingga kini, seramai 186 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini sebanyak 1,270 kes sembuh dilaporkan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 335,162 kes.

Turut dilaporkan hari ini dua kes kematian membabitkan warganegara.

Tiada ulasan: