Ahad, 25 April 2021

Hamid Bador sah berundur

AGEND DAILY

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Ini susulan keputusan Abdul Hamid bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila kontraknya tamat pada 3 Mei depan.

Hari ini, Abdul Hamid mengesahkan beliau akan berundur apabila kontraknya tamat.

Awal hari ini, Agenda Daily melaporkan kerajaan mungkin tidak menyambung kontrak Abdul Hamid yang akan tamat pada 3 Mei 2021 ini.

Agenda Daily difahamkan, Acryl Sani akan memangku jawatan Ketua Polis Negara sebelum pelantikan penuh dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Hamid, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

“Kontrak saya akan tamat pada 3 haribulan (Mei), maka pada tarikh itu saya akan serah (tugas kepada pengganti),” katanya.

Memetik laporan Harian Metro Abdul Hamid berkata, beliau membuat keputusan itu walaupun ada pihak, termasuk melalui pungutan suara, yang menyarankan khidmatnya disambung bagi menaikkan semula imej PDRM dan memerangi kartel jenayah.

“Saya tak terbabit isu ini (pungutan undian). Ada orang maklumkan saya berkaitan poll (undian). Saya tak mahu ulas. Ada tuduh saya sengaja uar-uarkan perkara ini supaya kontrak saya dapat disambung.

“Walaupun hampir 70 peratus yang mengundi mahukan saya menyambung khidmat namun saya melihat pada 30 peratus (baki pengundi yang tidak menyokong). Maknanya cukup lah tu (tempoh berkhidmat),” katanya.

Tiada ulasan: