Isnin, 26 April 2021

Sujud dan solat sebelum mereka hilang bertemu Pencipta

Wartawan MalaysiaGazette
177452350_3935130729867139_5707409286348520298_n
Foto Facebook Ustaz Ahmad Dusuki.
KUALA LUMPUR – Insiden kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru turut mendapat perhatian rakyat negara ini.
 
Malah lebih menyayatkan hati terdapat beberapa gambar kru yang menunjukkan sebahagian mereka sempat menunaikan solat di atas badan kapal selam itu yang sedang terapung sebelum ia hilang.
 
Rata-rata masyarakat meluahkan rasa sedih dengan insiden yang terjadi apatah lagi pada bulan Ramadan ini.
 
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani turut berkongsi rasa hatinya apabila menghasilkan nukilan buat kru yang terlibat dalam kejadian itu di Facebook miliknya.
 
Allah lebih menyayangi kalian warga NKRI Nanggala.-402
Memilih Ramdan untuk menjadi saat bahagia,
sujud dan solat sebagai hamba,
sebelum tenggelam di lautan menuju pencipta,
doa kami tetap bersama,
walau kita di batas budaya,
namun kita tetap hamba kepada yang esa,
berbahagialah kalian apabila di sana,
Allah tetap mengira,
setiap yang terbaik yang di kerja..
moga syahid semua.,
suatu masa,
kami pun akan kesana
moga Allah menganjarkan syurga
untuk setiap di kalangan kita..
Doa kami Malaysia untuk Indonesia..
Moga kita akan bersama di syurga.
– Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
UAD
177717737_3935130889867123_8659206966991059058_n
Sebahagian kru kapal selama Nanggala 402 menunaikan solat sebelum mereka hilang.
Semalam, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto berkata, pihaknya menemui beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak di permukaan sekitar kawasan pencarian.
 
Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono pula memaklumkan serpihan-serpihan yang ditemukan terapung di perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan Jerman itu.
 
Antara yang ditemukan, pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.
 
KRI Nanggala hilang pada Rabu lalu ketika latihan menembak torpedo.
 
Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: