Isnin, 26 April 2021

PM ucap takziah kepada Presiden, rakyat Indonesia

HARAKAH DAILY
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat negara berkenaan susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402.

Muhyiddin berkata Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Indonesia dalam menghadapi waktu genting itu.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah… kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal tersebut dalam menempuh dugaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali, yang turut disertai 21 kapal Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI), lima pesawat tempur dan satu kapal selam lain. BERNAMA

Tiada ulasan: