Jumaat, 30 April 2021

Gawat - 3,788 kes baru, jangkitan di Lembah Klang meningkat

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,788 kes Covid-19 baru dengan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan intensif turut mencatat rekod baru.

Jumlah kes telah melebihi jumlah kes aktif ketika darurat diisytiharkan pada 11 Jan. Kes aktif ketika itu 25,554 kes.

Rakyat Malaysia menyumbang 91.8 peratus jangkitan baru yang dilaporkan hari ini.

Kes aktif - 29,227
Pesakit di ICU - 328
Memerlukan bantuan pernafasan - 161

Negeri

Kes baru di negara ini telah menunjukkan peningkatan dalam dua minggu terakhir.

Selangor (1,265 kes baru) melaporkan kes baru hampir sekali ganda purata kes 14 hari sebelumnya.

Pulau Pinang (250) melepasi paras 200 kes untuk pertama kalinya sejak 31 Mac.

Tidak ada tanda-tanda kes baru semakin reda di Sarawak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sehingga semalam, kadar kebolehjangkitan, atau R-naught untuk seluruh negara adalah 1.12. Angka lebih daripada 1.00 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Hanya ada empat wilayah di mana penyebaran Covid-19 tidak meningkat (R-naught kurang daripada 1.00) - Sabah, Labuan dan Perlis.

Kes berdasarkan negeri:

Selangor (1265)
Sarawak (760)
Kelantan (464)
Penang (250)
Johor (160)
Negeri Sembilan (136)
Kedah (136)
Perak (118)
Sabah (89)
Melaka (55)
Pahang (54)
Terengganu (37)
Perlis (5)
Labuan (2)
Putrajaya (2)

Kematian

Sebanyak 14 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Angka kematian keseluruhan adalah 1,506.

Selangor (6 kematian) melaporkan kematian terbanyak diikuti oleh Sarawak (5), Negeri Sembilan (1) dan Johor (2).

Tiga mangsa dinyatakan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Mangsa termuda berusia 33 tahun.

Tiada ulasan: