Rabu, 28 April 2021

Isu rogol bukan bahan jenaka – Che’ Puan Khaleeda

Screenshot_2021-04-28-11-28-57-24

JOHOR BAHRU – Isu rogol adalah perkara serius dan merupakan perbuatan jenayah berat, oleh itu dalam situasi apa sekalipun perkara ini tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka dan juga gurauan.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam berkata, guru merupakan agen sosialisasi kedua penting selepas ibu bapa.

Lantaran itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan tindakan tegas terhadap guru tersebut perlu diambil.

Beliau turut memuji pelajar berkenaan kerana berani menyuarakan perkara serius ini di ruang media sosialnya.

Baru-baru ini tular satu video berdurasi 59 saat memaparkan dakwaan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang kesal dengan jenaka keterlaluan guru lelaki yang seolah-olah menggalakkan jenayah rogol.

Menurut pelajar itu, kejadian berlaku ketika kelas Pendidikan Jasmani dan topik perbincangan berkaitan kesedaran gangguan seksual dan cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun dakwanya, sesi pembelajaran bertukar sebaliknya apabila guru terbabit mula membuat jenaka lucah berkaitan rogol.

Video dimuatnaik dalam aplikasi Tik Tok dan Twitter itu mengundang perdebatan masyarakat awam yang turut mengecam tindakan guru itu. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: