Sungai Petani: Polis menafikan menyekat masuk orang ramai dari daerah lain ke Kuala Muda tanpa surat kebenaran polis berikutan daerah ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang tular di Facebook (FB), malam tadi.
Ini berikutan hanya Kuala Muda masih di bawah perlaksanaan PKPB manakala kesemua daerah lain di negeri ini sudah bertukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kebenaran merentas daerah dari daerah lain di negeri ini dibenarkan seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan hanya ditekankan untuk pergerakan merentas negeri sahaja yang memerlukan mereka menunjukkan surat kebenaran dari polis.
"Tak betul...Kita proceed (benarkan) seperti biasa... tekankan pada larangan rentas negeri," katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita, malam tadi.
Terdahulu, tular di FB berhubung larangan orang ramai ke daerah Kuala Muda berikutan daerah itu masih di bawah PKPB.
Orang ramai kononnya dari daerah lain perlu menunjukkan surat merentas daerah dan perlu mendapat kebenaran polis sebelum memasuki Kuala Muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan