Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Pertubuhan rasis bantah jawi jelas tentang kepentingan negara
BANGI– Tindakan pertubuhan rasis Cina Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao
Zong) mengadakan persidangan untuk membantah pelajaran pengenalan kepada
tulisan Jawi di sekolah vernakular disifatkan sebagai menentang
kepentingan negara.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita)
Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata,
tindakan tersebut tidak wajar kerana keputusan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina
dan Tamil dilaksanakan secara pilihan cukup munasabah.
“Jika ibu bapa mahu anak mereka belajar
(tulisan jawi), teruskanlah. Jika tak nak tidak perlu,” kata beliau
ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Sebelum ini, Dong Jiao Zong dilaporkan
akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk
membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah
vernakular.
Selain mengajak semua pertubuhan Cina
menghadiri persidangan itu, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga
pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran
tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.
Mengulas lanjut Kok Seong berkata,
persidangan pertubuhan Cina itu seolah-olah bertujuan melarang tulisan
jawi diajar dan ditawarkan di sekolah vernakular.
“Bantahan Dong Jiao Zong menunjukkan
sikap antinasional serta menentang kepentingan negara. Kepentingan
negara di sini adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Apabila kita merujuk kepada perundangan
negara mengenai tulisan jawi, ia ada dalam Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67. Dalam akta itu disebut penggunaan tulisan jawi tidak boleh
dilarang,” katanya.
No comments:
Post a Comment