Monday, December 2, 2019

PRK Kimanis bakal diadakan

ainulillia

 

Mahkamah kekal keputusan kemenangan Anifah pada PRU14 terbatal

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Kimanis, dimenangi bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai tidak sah dan terbatal.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata, tidak ada kesilapan oleh hakim pilihan raya dalam penemuan fakta.

Hakim turut mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu.

Katanya lagi, perkara berkenaan telah menjejaskan keputusan pilihan raya di kerusi itu.

Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti 156 undi, setelah memperoleh 11,942 undi manakala Karim Bujang, yang mewakili Warisan memperoleh 11,786 undi.

Hakim juga memerintahkan Anifah membayar responden iaitu Karim pada nilai kos RM70,000.

Anifah, yang diwakili oleh Ansari Abdullah, hadir semasa prosiding awal tetapi meninggalkan mahkamah sebelum keputusan itu diumumkan.

Susulan keputusan itu, satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kimanis, Sabah akan diadakan tidak lama lagi.


No comments: