KUALA LUMPUR – Prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) merudum dalam bab pengurusan ekonomi tetapi baik daripada tadbir urus.
Itu pendapat Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga bekas Menteri Kewangan II semasa pemerintahan Barisan Nasional.
Mungkin ia sudah belajar daripada kesilapan lalu,” katanya dalam artikel di The Edge Weekly.
Dalam bab ekonomi, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu memberitahu, ada tiga faktor yang mengurangkan keyakinan pelabur.
Faktor pertama ialah soal ketidakpastian proses penyerahan kuasa perdana menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berumur 94 tahun, dan orang ramai tidak tahu siapa ketua seterusnya. Orang yang dikatakan perdana menteri menanti, Anwar Ibrahim pun tak pasti,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, pergeseran dalaman antara Anwar dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali buat masa ini.
“Pendek kata, semua orang bergaduh. Keadaan itu mengundang banyak ketidakpastian, dengan banyak “suara-suara politik di luar sana”, menyebabkan persekitaran perniagaaan tidak lagi kondusif, terutama untuk pelabur asing,” katanya lagi.
Kedua pula adalah faktor terdapat banyak ketidaktentuan dasar.
“Contohnya, perolehan konsesi-konsesi tol dan lebuhraya tertentu mungkin meningkatkan hutang kerajaan. Ini tidak konsisten dengan agenda kerajaan mengurangkan hutang langsung.
“Satu lagi contoh, penggantungan projek-projek prasarana besar, yang kemudian, selepas beberapa ketika, diteruskan semula.”
“Pelabur yang membeli kepentingan dalam syarikat-syarikat terbabit memikirkan mereka akan membuat kontrak-kontrak yang dianugerahkan dan menerima keuntungan yang tetap dalam tahun-tahun mendatang akan menjual saham-saham mereka selepas arahan henti tugas dikeluarkan, memikirkan kontrak-kontrak itu sudah dibatalkan.
“Tetapi kemudian, kontrak-kontrak itu dianugerahkan semula. Ini salah satu impaknya, orang ramai mengalami kerugian,” ujarnya.
Perubahan drastik sistem cukai daripada GST kembali kepada SST yang kemudiannya adanya cukai-cukai kecil seperti cukai digital dan cukai gula.
“Semua cukai baru itu diperkenalkan tidak kena masanya – semasa orang ramai mengalami keadaan sukar, cukai gula dan sebagainya dilaksanakan. Semua faktor ini juga membawa kepada kurangnya keyakinan di pihak pelabur,” katanya.
Faktor ketiga pula, kata Johari ialah proses membuat keputusan yang tidak jelas.
“Maklum balas yang saya terima daripada mereka di komuniti perniagaan adalah mereka keliru siapa yang membuat keputusan di peringkat kerajaan. Adakah menteri hal ehwal ekonomi, menteri kewangan, Pejabat Perdana Menteri atau Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)?
“Walaupun CEP sudah dibubarkan, ramai orang dalam komuniti perniagaan percaya ia masih wujud. Malah beberapa orang di pengurusan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang saya temui fikir CEP yang membuat keputusan dan masih berpengaruh.
“Memburukkan lagi keadaan, kita ada menteri-menteri tidak berpengalaman yang tidak dapat bekerja dengan penjawat-penjawat awam kanan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Terdapat pergaduhan antara menteri-menteri dan ketua-ketua setiausaha. Mereka nampaknya saling bercanggah,” ujarnya.- MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment