Monday, December 23, 2019

Petisyen haramkan Dong Zong sasar 300,000 tanda tangan

Wartawan MalaysiaGazette
 MGF23052019_MOU-Dong-Zong_14





KUALA LUMPUR – Petisyen supaya Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan semakin mendapat banyak tanda tangan hari ini.

Setakat pukul 6.30 petang ini, sudah hampir mencapai sasaran apabila meraih 237, 147 sokongan.

Sasaran petisyen yang dilancarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menyasarkan 300,000 tanda tangan.

Petisyen yang dilancarkan sejak jam 5 petang kelmarin kepada rakyat Malaysia melalui pautan https://www.change.org/p/perdana-menteri-malaysia-petisyen-haramkan-dong.

Berdasarkan keterangan pada petisyen itu, GPS mendesak Dong Zong diharamkan berikutan tindakan pertubuhan terbabit membantah keputusan kerajaan untuk memperkenalkan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular.

Pertubuhan itu juga didakwa mengumpulkan badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India serta menghasut menentang usaha kerajaan berkenaan.

“Akhirnya, kerajaan bertolak ansur dengan melonggarkan syarat pelaksanaannya sehingga pembelajaran ini menjadi pilihan dan setakat tiga muka surat dalam buku teks.

“Tidak berpuas hati dengan tolak ansur kerajaan, mereka bermain pula dengan sentimen agama, iaitu memfitnah tulisan Jawi dan khat sebagai satu usaha Islamisasi masyarakat bukan Islam.

“Ini menimbulkan fitnah besar kepada negara terutama umat Islam di Malaysia.

“Selain itu, mereka menuntut Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima sebagai tiket untuk masuk ke universiti awam, walaupun kerajaan sudah memberikan ruang untuk mereka masuk ke universiti swasta dan kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.- MalaysiaGazette

No comments: