Peguam yang mewakili Abdul Razak Baginda, yang telah
dibicarakan kerana bersubahat dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya
Shaarribuu dan kemudian dibebaskan daripada pertuduhan itu, menggesa
prosiding menghina mahkamah dikenakan terhadap akuan berkanun (SD)
Azilah Hadri.
Bagaimanapun, hari ini Azilah membuat akuan berkanun (SD) mendakwa mereka melakukan pembunuhan itu atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
"Perkara ini membimbangkan dan memberi kesan kepada kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sedang berjalan dan dalam keadaan ini ia menjadi sub judis," kata peguam Manjeet Singh Dhillon.
Manjeet mewakili Abdul Razak dalam saman yang difailkan keluarga Altantuya terhadapnya.
Keluarga itu juga menyaman kerajaan atas kematian Altantuya.
Altantuya dibunuh pada bulan Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan peledak gred tentera.
Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dihukum mati pada April 2009.
Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan mereka pada Ogos 2013 tetapi Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mengembalikan keputusan bersalah terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, sebelum Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan, Sirul telah melarikan diri ke Australia dan kini berada di pusat tahanan imigresen di sana.
Dia tidak boleh dihantar pulang kerana pendirian Australia terhadap hukuman mati.
Dengan SD terbaru ini, Azilah kini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan mahkamah yang mendapati dia bersalah membunuh Altantuya.
Manjeet, yang bercakap bagi pihak Abdul Razak, enggan mengulas lanjut hal ini kerana beliau masih belum melihat butiran permohonan tersebut.
"Kami masih belum melihat apa-apa permohonan semakan dan akan memberi penjelasan lanjut mengenainya apabila sudah sahih berada di tangan kami dan tahu dengan tepat apa yang dipohon dan mengapa," katanya.
No comments:
Post a Comment