Sikap mereka seolah-olah seperti simptom Islamophobia
1.
INILAH tiga muka surat yang mengandungi tulisan Jawi yang dibantah oleh
Dong Zong (Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina). Bantahan tersebut turut
disokong oleh parti politik mereka tidak kira DAP atau MCA.
2. Minggu
lalu, Kementerian Pendidikan mendedahkan tiga muka surat buku teks
Bahasa Malaysia yang menjadi pertikaian tersebut. Apabila diteliti,
perkataan Jawi yang ada hanyalah sedikit. Di sini timbul persoalan,
apakah yang sebenarnya sangat ditakuti oleh kaum Cina tentang tulisan
Jawi ini?
3. Menurut
Malaysiakini, salah satu puncanya ialah kebimbangan mereka tentang
penyebaran mesej Islam melalui tulisan Jawi. Adalah sangat
menghairankan, bagaimana tiga muka surat ini mampu memberikan maklumat
yang cukup tentang Islam. Bukankah ini antara simptom Islamophobia?
4. Sikap
mereka yang bertindak keras membantah Jawi ini menimbulkan pelbagai
reaksi di kalangan warga maya sehingga melabelkan mereka sebagai rasis
dan bersikap Islamophobia. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang
menjunjung Islam di dalam perlembagaan Malaysia. Semoga Allah membimbing kita semua.
No comments:
Post a Comment