BERNAMA
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyelar kenyataan Zolkples Embong kerana dianggap tidak bertanggungjawab serta tidak adil kepada pemenang pingat emas acara badminton Sukan SEA Filipina yang rata-ratanya berusia 21 tahun.
Menurut badan itu mereka kesal dan sedih kerana kenyataan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi "Surat Terbuka Kepada Menteri Belia dan Sukan" itu yang mengatakan bahawa pemain negara ‘bernasib baik’ apabila pemain terbaik Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu.
“BAM turut melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap kenyataan menyentuh prestasi skuad badminton kebangsaan di Sukan SEA.
"BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain,” menurut BAM dalam satu kenyataan media hari ini.
Sebagai
bekas Setiausaha Kehormat BAM, kata kenyataan tersebut, Zolkples pasti
menyedari bahawa ketiadaan pemain-pemain ternama yang bertanding di
temasya sukan dwitahunan itu juga adalah keputusan persatuan badminton
negara Asia Tenggara dan di luar bidang kuasa BAM.
"Pingat emas yang telah dimenangi oleh wira-wira muda ini tidak harus diperlekehkan.
"Beliau seharusnya melihat dari perspektif yang lebih positif, apabila pada usia yang muda pemain ini telah berjaya mengharumkan nama negara.
"Mereka memerlukan sokongan serta galakan daripada semua pihak untuk melangkah lebih jauh lagi," jelas BAM.
Kenyataan
berkenaan menjawab dakwaan Zolkples mengenai kemampuan pemain muda
negara meraih emas sekiranya pemain terbaik rantau Asia Tenggara seperti
Anthony Ginting, Jonathan Kristie, Inthanon Ratchanok, Gideon/Sukamulyo
dan Ahsan/Setiawan menyertai temasya kali ini.
Menerusi surat terbuka itu Zolkples berkata: "Sukan badminton pula tidak boleh berbangga dengan tiga pingat emas dimenangi. Ini kerana pemain-pemain kita bernasib baik kerana pemain-pemain terbaik dari Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu."
Pada Sukan SEA Filipina yang berakhir pada 11 Dis, skuad badminton menghadiahkan tiga pingat emas kepada kontinjen negara melalui Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), S Kisona (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).
Sementara
itu, BAM berharap Zolkples yang berpengalaman luas dalam pembangunan
sukan negara dapat bersikap positif dan memberikan sokongan dalam usaha
untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap dibarisi pemain muda dan
tidak menggunakan mereka sebagai bahan untuk meluahkan perasaan sakit
hati beliau terhadap pihak tertentu.
Antara isi kandungan lain dalam surat terbuka itu, Zolkples melahirkan kerisauan terhadap sasaran negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Beliau juga melahirkan rasa khuatir terhadap kontinjen negara yang akan pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku di Sydney 2000 dan Athens 2004, dimana Zolkples menganggap ia bukan satu perkara mustahil untuk berulang.
Zolkples juga mengulas mengenai prestasi atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik terutamanya dari sukan badminton dan terjun yang menjadi sandaran pingat sebagai tenat dan tidak meyakinkan.
- Bernama
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyelar kenyataan Zolkples Embong kerana dianggap tidak bertanggungjawab serta tidak adil kepada pemenang pingat emas acara badminton Sukan SEA Filipina yang rata-ratanya berusia 21 tahun.
Menurut badan itu mereka kesal dan sedih kerana kenyataan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi "Surat Terbuka Kepada Menteri Belia dan Sukan" itu yang mengatakan bahawa pemain negara ‘bernasib baik’ apabila pemain terbaik Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu.
“BAM turut melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap kenyataan menyentuh prestasi skuad badminton kebangsaan di Sukan SEA.
"BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain,” menurut BAM dalam satu kenyataan media hari ini.
"Pingat emas yang telah dimenangi oleh wira-wira muda ini tidak harus diperlekehkan.
"Beliau seharusnya melihat dari perspektif yang lebih positif, apabila pada usia yang muda pemain ini telah berjaya mengharumkan nama negara.
"Mereka memerlukan sokongan serta galakan daripada semua pihak untuk melangkah lebih jauh lagi," jelas BAM.
Jadi alasan luah sakit hati
Menerusi surat terbuka itu Zolkples berkata: "Sukan badminton pula tidak boleh berbangga dengan tiga pingat emas dimenangi. Ini kerana pemain-pemain kita bernasib baik kerana pemain-pemain terbaik dari Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu."
Pada Sukan SEA Filipina yang berakhir pada 11 Dis, skuad badminton menghadiahkan tiga pingat emas kepada kontinjen negara melalui Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), S Kisona (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).
Antara isi kandungan lain dalam surat terbuka itu, Zolkples melahirkan kerisauan terhadap sasaran negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Beliau juga melahirkan rasa khuatir terhadap kontinjen negara yang akan pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku di Sydney 2000 dan Athens 2004, dimana Zolkples menganggap ia bukan satu perkara mustahil untuk berulang.
Zolkples juga mengulas mengenai prestasi atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik terutamanya dari sukan badminton dan terjun yang menjadi sandaran pingat sebagai tenat dan tidak meyakinkan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment