Saturday, December 7, 2019

Kalau benarlah berlaku memang biadab

USTAZ IDRIS AHMAD

 


KALAU benarlah berlaku seperti dalam video ini, memang biadab. Kementerian Pendidikan wajib mengambil tindakan, tidak cukup dengan permohonan maaf. Tindakan keras perlu diambil, ini sahaja yang boleh ajar manusia seperti ini.

Puak-puak ini mudah sahaja minta maaf. Sudah berapa kali dah. Buat dulu, kemudian minta maaf.

Hendak uji dan cuba buat provokasi. Kesian kepada kanak-kanak yang telah dirosakkan oleh puak tua yang kepala sudah masuk air.
 
Kalau institusi pendidikan telah dirosakkan oleh puak ini. Kanak-kanak sudah diracun, apa yang hendak diharap untuk membangun negara yang lebih harmoni pada masa akan datang.

Sudah 62 tahun merdeka, masih jahil dan tidak puas hati dengan apa yang diperolehi. Perlu diingat ini negara Malaysia. Sebab itu puak ini tidak mahu belajar sejarah pembinaan negara dan sejarah pejuang kemerdekaan. Mereka tidak mahu menerima hakikat sejarah negara.

Akan adalah pula yang akan membela. Supaya jangan ambil tindakan. Kita kena dialog bukan ambil tindakan undang-undang.

*USTAZ IDRIS AHMAD -Naib Presiden PAS
HARAKAHDAILY 

No comments: