Saturday, December 21, 2019

Jalan kian sempit bagi Anwar jadi PM


 
PAYAH bagi Anwar ialah dia mahu menjadi Perdana Menteri. Di mana-mana dunia seorang Perdana Menteri itu sewajarnya seorang yang bersih dan dilihat bersih, seorang yang bermoral tinggi dan dilihat bermoral tinggi.

Dengan semua fitnah yang Anwar hadapi dari semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dulu hingga ke fitnah yang melibat video intim, nama baik Anwar terjejas. Imej untuk jadi Perdana Menteri yang bermaruah jadi kabur.

Kita tidak boleh tuding jari mengatakan Anwar begitu dan begini. Jadi fitnah pula kita kalau kita tuding jari tentang maruah dan peribadinya.

Dan pada tingginya tekanan penyokong Anwar mahukan Anwar jadi Perdana Menteri sekarang juga, datang pula satu keterangan bersumpah dari seorang pemuda yang dikatakan pembantu Anwar mendakwa dia diceroboh maruahnya oleh Anwar.

Kes yang terbaru ini sudah jadi kes polis dan polis sedang melakukan penyiasatan. Dakwaan bersumpah yang baru ini sama beratnya dengan fitnah-fitnah selama ini yang pernah dilalui oleh Anwar.

Demikian petikan daripada tulisan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif dalam akhbar berkenaan edisi Jumaat di pasaran.
HARAKAHDAILY

No comments: