PETALING JAYA – Jawatankuasa Mengenai Jawi di
Kuala Lumpur dan Selangor yang bermesyuarat pada Ahad telah membuat
keputusan untuk membawa isu penerapan tulisan Jawi dalam mata pelajaran
teras Bahasa Melayu ke mahkamah.
Perkara itu akan dirujuk ke mahkamah atas nama lembaga pengelola dan
persatuan ibu bapa guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina
(SRJKC).
Jawatankuasa itu menegaskan tidak menolak Jawi di
sekolah vernakular, tetapi peranan lembaga pengelola sekolah dalam soal
itu tidak harus dipinggirkan.
Tulisan Jawi juga dicadangkan menjadi aktiviti kokurikulum dan bukannya dalam mata pelajaran teras Bahasa Melayu.
Jurucakap jawatankuasa itu, Datuk Heng Hong Chai berkata, isu itu akan
dibawa ke mahkamah dalam tempoh dua bulan, satu usaha yang juga
menandakan bantahan keras terhadap pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi
dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.
Sinchew Daily melaporkan, jawatankuasa itu juga mengumumkan
langkah-langkah tertentu termasuk menyeru sekolah di Selangor dan Kuala
Lumpur menggantungkan kain rentang bantahan.
Selain itu, wakil lembaga pengelola dan PIBG diseru supaya
mengeluarkan surat rasmi membantah pelaksanaan pelajaran tulisan Jawi.
Dengan permulaan sesi persekolahan baharu, lembaga pengelola sekolah turut diminta memantau pelajaran Bahasa Melayu dan memberi maklum balas segera kepada persatuan lembaga pengelola peringkat negeri.
“Sebelum ini, kami telah membentuk pasukan peguam bersama pertubuhan kaum India untuk mengkaji sama ada Perlembagaan dan Akta Pendidikan memberi kuasa kepada ibu bapa untuk menerima atau menolak pelajaran tulisan Jawi di sekolah,” kata Hong Chai.
Tambahnya, mengikut Akta Pendidikan 1996, ibu bapa boleh memilih aliran sekolah untuk anak mereka sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di SRJK.

Katanya, Kementerian Pendidikan tidak boleh memaksa murid belajar
bahasa, kandungan atau kemahiran yang bertentangan dengan hasrat
walaupun ia dipersetujui majoriti atau 51 peratus ibu bapa ia kerana ia
adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
Hong Chai juga menegaskan bahawa tulisan rumi adalah tulisan untuk Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.
Katanya, pihak jawatankuasa juga akan melakukan kajian secara mendalam termasuk jaminan yang diberikan Perlembagaan kepada SRJKC.
Isu pelajaran Jawi timbul semula apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan garis panduan bahawa pengenalan tulisan Jawi akan diadakan di satu-satu sekolah vernakular jika 51 peratus ibu bapa sekolah tersebut bersetuju dengannya.
Sesetengah pihak bagaimanapun berpendapat peranan lembaga pengelola sekolah telah dipinggirkan dalam isu itu. – MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment