Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya malam ini berkumpul di Hotel Rennaisance di Kuala Lumpur, tempat tertubuhnya Parti Keadilan Nasional 20 tahun lalu.
Perkumpulan itu, dengan mengambil kira pemilihan lokasinya, dilihat sebagai isyarat jelas terhadap para pengkritiknya, setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-20 di Melaka tengah hari tadi.
Program itu beberapa jam selepas Azmin dan sejumlah pemimpin yang menyokongnya tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh presiden parti Anwar Ibrahim.
Kira-kira 2,000 hadirin menyertai acara yang dinamakan sebagai Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di hotel tersebut malam ini. Anggaran penganjur meletakkan angka kehadiran mencecah 5,000.
Antara
pemimpin yang hadir ialah naib presiden Tian Chua dan Zuraida
Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan anggota Majlis Pimpinan
Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan
Amiruddin Shari.
"Tetapi 20 tahun kemudian, pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat," kata Azmin merujuk kepada ucapan Anwar di kongres semalam.
Kisah itu menyebabkan para penyokong Azmin keluar dewan semalam, dan tidak hadir ke kongres pada hari ini.
Azmin yang menerima sambutan meriah sebaik tiba di dewan hotel itu, menegaskan bahawa PKR ialah milik rakyat.
"PKR bukan diasaskan oleh seorang individu atau satu keluarga, ia diasaskan oleh rakyat," katanya.
Azmin
turut mengecam setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal
Mubarak, dengan mendakwa pengerusi PKR Perak sebagai kalangan yang baru
menyertai perjuangan tetapi menentangnya.
Katanya, mereka yang mengkritiknya "tidak kenal Azmin Ali" dan kesetiannya kepada parti.
Pada masa sama, beliau memuji Tian Chua yang hadir dan berucap di kongres tengah hari tadi.
"Jika
ini (Tian Chua) wajah pejuang asal PKR yang kekal dalam PKR, parti ini
ada masa depan dan kita akan bawa perubahan demi rakyat.
"Kita adalah pemimpin, bukan kaki bodek," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment