Pasangan pengantin baharu berpakaian biasa di hari bersejarah
BANGI
– `Kita merancang tuhan menentukan’ merupakan kata-kata yang paling
sesuai untuk mengungkap nasib yang menimpa pasangan pengantin baharu
Izat Samsudin dan Siti Zaleha Satiman.
Ini selepas majlis perkahwinan meriah
yang mereka idamkan bertukar menjadi `pesta air’ selepas kawasan majlis
persandingan di Kampung Chokro, Johor dinaiki air.
Lebih menyedihkan, pasangan berkenaan
bukan sahaja bersanding tanpa pelamin yang terpaksa dibuka awal ekoran
air naik dengan mendadak malah hanya berpakaian biasa sahaja di hari
bersejarah mereka.
Pasangan pengantin baharu itu dilaporkan merancang untuk memakai persalinan songket merah dalam majlis persandingan mereka.
Siti Zaleha bagaimanapun dilihat tidak mengeluh di baliknya musibah yang melanda dirinya, sebaliknya masih sempat berseloroh.
“Selamat pengantin baru. #PengantinViral #LautanAirSanggupKuRenang,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.
Sementara itu, netizen yang mengisi
ruangan komen Facebook Siti Zaleha mengucapkan tahniah kepada beliau
kerana berjaya mendirikan rumah tangga.
“Tetap comey pengantin kita. Barakallah kak,” kata Amalina Nazari.
“Allah, sabar yer pengantin,” tulis Khazin Nur Amal.
No comments:
Post a Comment