ISMA WEB
Penjawat awam kehilangan 'Aisyah' gara-gara skim 'love scam'
KUCHING– Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah
RM60,000 bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga
menghilangkan diri gara-gara terpedaya dengan skim ‘love scam’.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani
Abdullah berkata, mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula
mengenali mangsa melalui Facebook sebelum berhubung melalui whatsapp dan
daripada hubungan itu, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.
“Suspek
telah bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Bgaimanapun, suspek telah
meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai
wang hantaran.
“Justeru,
mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan
berjumlah RM60,000 ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali
sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lebih
perit, menurut Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang
pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari
telah ditipu setelah kekasih facebooknya tidak dapat dihubungi pada satu
hari sehingga kini.
Sementara
itu, dalam satu kes berasingan di Bintulu, seorang mekanik kerugian
RM32,350 setelah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang dari sebuah
syarikat melalui Facebook.
“Mangsa
telah berhubung dengan seorang lelaki melalui whatsapp kerana mangsa
ingin membuat pinjaman wang berjumlah RM40,000 dan lelaki itu mengaku
beliau adalah eksekutif kewangan syarikat yang menawarkan pinjaman wang.
“Suspek
mengatakan pinjaman wang boleh diluluskan dengan syarat mangsa perlu
membuat beberapa pembayaran terlebih dahulu dan mangsa telah membuat
pembayaran wang keseluruhan berjumlah RM32,350 ke enam akaun bank
berlainan nama sebanyak 11 transaksi,” kata Mustafa.
Mustafa
berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan
sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama
No comments:
Post a Comment