Wednesday, April 3, 2019

[VIDEO] Kabinet belum setuju iktiraf UEC – Dr Mahathir

Wartawan MalaysiaGazette
Hasil carian imej untuk foto mahathir mohamad
 

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahap Senior Middle3 bagi menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) diputuskan oleh Majlis Peguam dan bukannya kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, sehingga kini Kabinet belum mengesahkan untuk mengiktiraf UEC.

Katanya, pengumuman oleh Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas berhubung perkara tersebut baru-baru ini merupakan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Peguam.

“Itu dia punya keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Bar Council, jadi kalau kita hendak iktiraf kerajaan lah kena iktiraf,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini.

Perdana Menteri sebelum itu ditanya mengenai UEC yang telah diterima sebagai  memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi menduduki CLP.

Tommy Thomas yang juga Peguam Negara berkata dalam mesyuarat pada 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.

Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018.

Pengumuman tersebut telah menerima reaksi dari pelbagai pihak dan rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan tersebut yang disifatkansebagai mengiktiraf UEC. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI


No comments: