Laman beli-belah dalam talian, Shopee Malaysia hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak menjual pil menggugurkan kandungan yang menyebabkan kematian seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Kata Shopee, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengarahkan penyiasatan dilakukan terhadap setiap produk yang dijual di platform mereka.
“Produk tersebut tidak dijual di platform kami.
“Kami juga mengambil langkah berjaga-jaga agar sebarang usaha menjual produk seumpama itu di platform kami tidak akan berhasil,” kata Shopee dalam satu kenyataaan.
Kelmarin, dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan sebanyak lima kes kematian dilaporkan sejak 2015 akibat pil gugur bayi yang dijual secara haram secara dalam talian.
Menurut kenyataan itu, KKM mengesan sebanyak 146 laman di internet yang menjual pil gugur janin tahun lalu menggunakan medium internet seperti blogspot, media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp dan platform-platform dalam talian seperti Lelong.com, 11street, Lazada, Shopee dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment