Wednesday, April 24, 2019

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman cedera dalam kemalangan

Astro Awani
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman cedera dalam kemalangan
Mohd Azis dilaporkan stabil tetapi masih dirawat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Gambar fail
 

KUNDASANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman cedera ringan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Nabalu, Kundasang pada pagi Rabu.

Ketika kejadian, Mohd Azis sedang menunggang motosikal ketika melancarkan program konvoi “Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah” anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi semasa dalam perjalanan konvoi bersama-sama peserta-peserta konvoi lain.

Mohd Azis dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih lagi dirawat.

No comments: