Satu laporan polis telah dibuat oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA ) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak ekoran penularan rakaman audio mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dipercayai membabitkan seorang exco kerajaan negeri tersebut.
Timbalan Ketua ARMADA Perak, Azrul Hakimi menegaskan pihaknya menandang perbuatan individu tersebut sebagai melampau dan perlu ditangani dengan serius kerana berupaya mengancam kestabilan kerajaan negeri.
“Seharusnya exco berkenaan menghormati akan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yg telah melantik Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.
“Kami dengan ini mendesak supaya pucuk pimpinan parti diwakili exco tersebut supaya mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana ini adalah satu sabotaj terhadap kerajaan Pakatan Harapan Perak,” katanya melalui sidang akhbar di Ipoh, Perak pada Khamis.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan beliau tidak mengetahui dan belum mendengar rakaman audio yang didakwa umum mirip dengan suara beliau.
No comments:
Post a Comment