Wednesday, April 24, 2019

Kerajaan Sepenggal Pak Pandir - Bahagian 2

Oleh Rosly Yusof


Siapa Pak Pandir?

Pak Pandir adalah watak dalam cerita penglibur lara hikayat cerita-cerita dongeng melayu yang di tulis atau di ceritakan oleh generasi dahulu sebagai pengajaran kepada kanak-kanak di dalam berhadapan dengan kehidupan.

Pak Pandir bukan watak jahat tetapi Pak Pandir adalah orang baik yang terlalu baik sehinggalah menjadi lurus bendul dan di permainkan dan di ketawakan.

Ada satu cerita dalam banyak-banyak cerita Pak Pandir di mana satu hari Pak Pandir terjumpa seketul tahi lalu untuk mengesahkan ketul yang dia jumpa itu tahi maka di kajinya tahi tersebut untuk mengesahkan itu betul-betul tahi.

Pak pandir tengok lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, ‘Hmmm…Bentuk macam taik…Lepas tu dia pegang pulak tahi tersebut, lalu dia berkata, ‘Lembik…macam tahi, lepas itu dia ambik sikit tahi itu lalu dia hidu tahi itu, lepas tu dia berkata,bau macam taik.’

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.dan barulah puas hatinya bahawa ketul itu sememangnya tahi lalu dia berkata nasib baik aku tak terpijak.

Begitulah kalau hendak di umpamakan kerajaan hari ini yang kononnya nak jadi baik sehingga lurus bendul seperti Pak Pandir.

Bayangkanlah setiap hari berbagai fitnah di reka oleh pembangkang dengan menggunakan media sosial namun satu tindakan pun tidak di ambil, bayangkanlah oleh kerana konon nak jadi baik ancaman-ancaman perkauman dan agama yang di mainkan oleh pembangkang pun di biarkan begitu saja.

Lebih lucu lagi dengan kerajaan Pak Pandir Pakatan Harapan ini ialah bilamana kakitangan Jasa iaitu kakitangan lantikan atas nama politik ketika kerajaan lama dulu yang kerja mereka untuk memikirkan, mempertahankan Umno dan membuat apa saja kerja untuk Umno seramai 800 orang di serap masuk ke dalam KBS selepas Jasa di tutup.

Inilah kepandiran antara kepandiran kerajaan PH yang boleh di kaitkan dengan kisah Pak Pandir terjumpa tahi tadi apabila dengan baik hati dan lurus bendul mengambil musuh kemudian di bayar gaji beribu sebulan untuk menikam kerajaan.

Begitulah kisah antara kisah kepandiran kerajaan PH hari ini yang cuba menjadi baik tetapi tanpa sedar mereka adalah Pak Pandir dan jika kepandiran ini di teruskan maka tidak mustahil ianya akan menjdi kerajaan sepenggal. Ok- DENYUT REFORMASI.

No comments: