Tuesday, April 2, 2019

KENAIKKAN TARIF AIR TANGGUNGJAWAB RAKYAT


Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menjangkakan kenaikkan tarif air secara berperingkat bermula tahun ini bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata kenaikkan ini juga merupakan tanggungjawab rakyat bagi memastikan perkhidmatan bekalan air terawat terjamin.

Malah, katanya, kadar tarif baharu yang akan dibayar pengguna dapat membantu syarikat bekalan air menanggung sebahagian daripada kos operasi dan perbelanjaan modal (capex).

“Kita akan menaikkan tarif dalam berapa sen saja untuk rakyat. Kalau kita bandingkan kadar yang dibayar penduduk negara jiran, sudah 20 tahun tarif (air di negara kita) tidak dinaikkan.

“Kita perlu bayar untuk utiliti. Ini tanggungjawab rakyat memastikan ia (perkhidmatan bekalan air) sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 di Rantau, pada Ahad (semalam).

Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) membabitkan peruntukan sebanyak RM70 juta.

Januari lalu, Xavier berkata kenaikan tarif itu perlu dilaksanakan bagi menjamin kepentingan pengguna mendapatkan air berkualiti serta menjamin kelangsungan industri berkenaan.


No comments: